Hari ni 16 September 2008. Hari Selasa, entah apa akan jadi pada hari ni ... aku pun tidak tahu. Ada yang heboh-heboh akan jadi sesuatu ... akan jadi benda-benda... akan jadi... ah, macam-macamlah yang telah diperkatakan.
Waktu aku menaip ini, belum lagi terjadi apa-apa,.....atau mungkin juga aku seorang saja yang tidak tahu sesuatu sudah terjadi. Sekadar aku ingin membuat catatan sempena hari ini...supaya dapat tercatat sesuatu di blog aku yang kecil ini.
Kalaupun terjadi sesuatu seperti yang diwar-warkan di dada-dada akhbar mahupun di blog-blog.... di tempat aku ini, aku pasti takkan jadi sesuatu perubahan yang ketara.... mungkin juga begitu keadaannya di bandar-bandar kecil yang lain.
Sementara itu, Medan Latihan Ramadan masih ada setengah perjalanan lagi untuk diharungi, ... semoga mendapat petunjuk, pengampunan dan rahmat dari NYA.
Tuesday, September 16, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Ramadan kembali
Ramadan datang kembali, iaitu setelah setahun menghilang. Ini kali ke-8 aku berpuasa di perantauan, iaitu bukan di kampung halaman sendiri. Tapi sebenarnya di mana-mana pun sama keadaannya selagi kita di Tanah Melayu ini. Lainlah kalau di Tanah Arab, Tanah Besar China, atau di tanah-tanah yang lain.
Bercakap pasal tanah, di tempat aku sekarang harga tanah land sudah semakin mahal, boleh dikatakan setiap bulan harga tanah meningkat, biarpun ia cuma tanah paya. Tanah paya ini, kalau sudah ditimbus dengan tanah earth yang baik, seperti tanah merah pembinaan, dan sebagainya, boleh juga dijadikan sebagai tapak pembangunan. Itulah pasalnya yang menjadikan harga tanah land dan earth di tempat aku sekarang ini melambung.
Subscribe to:
Comments (Atom)