Monday, October 20, 2008

Musim Peperiksaan

Sekarang ini di tempat aku, para pelajar di sekolah-sekolah sedang dan akan menghadapi peperiksaan akhir atau peperiksaan utama nasional. Daripada yang berumur tujuh tahun hinggalah yang berumur kurang lebih 19 atau 20 tahun. Selepas itu sesi persekolahan akan ditutup atau ditangguhkan hingga tahun hadapan. Maknanya para pelajar akan bercuti panjang selama hampir dua bulan. Peristiwa cuti panjang ini akan berlaku dalam masa kira-kira sebulan dari sekarang.


Bagi yang telah menamatkan peperiksaan peringkat 'O Level' atau 'A Level', akan bercuti lebih panjang menjangkau lebih empat bulan, kerana menunggu keputusan peperiksaan. Selepas daripada itu, mereka akan mulai mengintai peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi samada di institusi milik kerajaan atau swasta.

Pada masa ini terdapat agak terlalu banyak institusi pengajian diwujudkan di tanah air aku ini, hinggakan ada diantaranya yang tidak diketahui kewujudannya. Maksud akau kita mungkin tertinggal nama-nama institut/ kolej/ universiti tertentu ketika menyenaraikan satu persatu secara spontan. Ketika di zaman aku dulu bilangannya boleh dikira dengan jari. Walaupun peluang belajar agak terhad, tetapi pasaran kerja masih luas. Kini, hampir semua orang mahu belajar peringkat tinggi, dan peluang dibuka seluas-luasnya. Mereka yang telah terlepas peluang suatu ketika dulu, masih berpeluang melakukannya masa ini, asalkan 'ongkosnya' ada dan otak masih berkemampuan menerima ilmu.

Di sini aku suka mempamerkan nama-nama institut/ kolej/ universiti yang ada dalam pengetahuan aku untuk tatapan khalayak....








Universiti Malaya, Kuala Lumpur










Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor












Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang










Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor








Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor









Universiti Teknologi Mara (Kampus Utama),

Shah Alam, Selangor










Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Utama),
Gombak, Selangor








Universiti Malaysia Sarawak,







Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah




















Universiti Malaysia Perlis,

Arau, Perlis






, Mengabang Telipot, K. Trg







Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu







Universiti Pependidikan Sultan Idris,

Tanjung Malim, Perak




Universiti Sains Islam Malaysia,

Nilai, Negeri Sembilan




Universiti Teknikal Malaysia Melaka,

Ayer Keroh, Melaka






Universiti Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor





Universiti Malaysia Kelantan



Universiti Utara Malaysia

Lagi?...

No comments: